Sunday, 12 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Salam...berkurun lamanya tak update blog. Kalau blog ni haiwan peliharaan dah menangis kelaparan agaknya.

Selamat belated tahun 2014. Menyambut tahun baru ini dengan peristiwa sadis 2013 iaitu bencana banjir. Menginsafkan dan dalam masa yang sama bersyukur dengan ujian yang Allah berikan.

Dalam pada itu, masih lagi menonton j/kdrama dan hero baru yang menarik perhatian tahun lepas adalah Yuki Furukawa dan Yoo Yeon Seok. Momentum melihat drama masih merudum dan yang betul-betul dapat habiskan dua drama sahaja tahun lepas. Heirs masih WIP pada episod 7 itupun dah sakit dada menengoknya. 

Demam Chilbong Reply 1994. Karekter yang sangat best sehinggakan pandang aktornya pun jadi cute dan hensem. Yoo Yeon Seok...saranghae....Padahal sebelum ni dia banyak berlakon watak jahat/antagonis dan pertama kali rooting for the second hero. Tetapi bila menonton drama ni tak pasti sebenarnya siapa second hero. Me yang tak pernah root for second hero pun boleh jatuh hati dengan Chilbong ni. Seorang yang sangat positif, kompetitif, sensitif, caring, lembut bahasa dan yang paling penting not a noble idiot and cute to boot.
Chilbongie....forever kesal dengan ending nya dan sampai sekarang tak sanggup lagi tengok episod akhir melihat dia patah hati.


What to expect in 2014....looking forward to my next trip in April. Spring in Turkey...can't wait

Sunday, 3 November 2013

Penkek Santan Beras Thai

Percubaan hari ni menggunakan pan takoyaki.

Setiap kali pergi Thailand mesti tidak lupakan cari kuih ini sebab suka sangat dengan rasanya yang bersantan dan lebih-lebih lagi yang kulitnya garing dan isinya yang lembut. Buat menggunakan resipi dari sini.

http://www.asiafoodrecipe.com/recipe/asian-rice-pancake-knom-krok/

Thursday, 31 October 2013

Trip ke Chiangmai 24 - 27 Oktober 2013

Me on the road again. Beli tics dari Airasia awal tahun jadi pejam celik dan sampai masanya untuk fly.
My route KL-Chiangmai-Bangkok-KL.

Di Chiangmai duduk hotel budget Tawan Court 700b semalam. Kalau duit kita lebih kurang RM71. Agak strategik jugak dekat dengan penghujung Anusarn market jadi senang dapat makanan halal. Ok jugak hotel ni ada brekfas tapi takde pilihan samada egg and toast atau bubur nasi. Sah-sah bubur nasi tu tak halal jadi hari-hari menu sama sampai naik muak. Akhirnya makan biskut tiger cicah air kopi. Nikmatnya.



Sampai-sampai hari pertama dah lewat petang. Di sini pukul 6 petang dah gelap kira dah maghrib tu. Harga airport teksi pula sangat berpatutan 120b~RM13 untuk satu teksi untuk ke hotel sekitar bandar Chiangmai. Malam tu jugak cari makan dan memang dah niat tak nak makan makanan arab yang bersepah kat market tu. Jumpa Aisha food stall di Anusarn market dan 3 malam berturut-turut makan di sini. Best masakan dia dan banyak variety. Tiap-tiap malam cuba lain2 menu.

Antara order kitaorang. Fail betul bab ambil gambar food ni. Mesti teringat nak ambik lepas dah ngap.



 Must do things di Chiangmai

1. Massage - sangat murah dari 200b untuk sejam kalau buat foot massage dan bertambah untuk jenis-jenis massage  yang lain. Kita dah try di Hatyai, Bangkok dan kali ni Chiangmai. Rasanya di tempat yang kitaorang buat ni sangat best,  Spa Siam dekat dengan hotel.


2. Ambik pakej keluar ke Chiangrai-Golden triangle. Kat sana berlambak-lambak travel agent cuma perlu tahu lah selalunya pakej range harga supaya boleh banding.

3. Pasar malam - night bazaar memang ada tiap-tiap malam tetapi kalau nak tengok barang yang unik mesti pergi ke pasar malam sabtu jalan Wiu Lai . Rambang mata kat sini tengok barang handmade. Ada yang memang kita takkan jumpa di night bazaar yang hari-hari tu. Di Wiu Lai market ni foot massage lagi murah 130b untuk sejam. Tapi open air la.


4. Makan-makan authentic thai food - Tak susah nak cari makanan halal cuma kalau tak biasa mungkin rasa kembang tekak sebab stall halal sebelah -menyebelah plak dengan stall yang jual khinzir.
Kami perasan ada masjid di depan hotel jadi hari terakhir baru sempat menjengah. Rupa-rupanya banyak juga stall dan restoran kat sini. Baru lah try Khao siam. Best berapi sambal dia.








Tuesday, 22 October 2013

Nasi Ayam


 Bahan untuk rebus
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong empat
4 ulas bawang putih - dikisar/tumbuk
1 inci halia - dikisar/tumbuk
Air secukupnya


Bahan untuk nasi
 5 pot(kecil) beras basmathi
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar mentega atau margerin
10 biji buah pelaga
2 biji kulit kayu manis
5 biji bunga lawang
2 helai daun pandan
10 ulas bawang putih - dikisar/tumbuk
2 inci halia - dikisar/tumbuk
6 pot(kecil) air rebusan ayam - boleh dicampur dengan air biasa
Garam secukup rasa

Bahan untuk perap
2 sudu besar minyak bijan
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih - dikisar/tumbuk
1 inci halia - dikisar/tumbuk
Garam secukup rasa

Bahan untuk sup
1 biji sup bunjut
Air rebusan ayam secukupnya
2 ulas bawang putih - dikisar/tumbuk
1/2 inci halia - dikisar/tumbuk
3 potongan kecil lobak asin - diracik halus
Garam secukup rasa
Daun bawang
Daun sup

Bahan untuk sambal
2 biji lada besar
10 ulas cili padi
2 ulas bawang putih - dikisar/tumbuk
1/2 inci halia - dikisar/tumbuk
3 sudu besar cuka nasi/limau nipis
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam


Cara:

Ayam di rebus  bersama satu sudu besar halia dan bawang putih tadi sehingga hampir masak.
Ayam dikeluarkan dan diperap bersama bahan perap dan kemudian bolehlah digoreng dalam minyak yang banyak atau dipanggang.
Panaskan minyak bijan di dalm kuali dan masukkan mentega  sehingga hampir cair dan masukkan campuran buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang  sehingga naik bau.
Masukkan daun pandan dan tumis hingga layu dan masukkan campuran bawang putih dan halia dan tumis hingga agak kekuningan dan masukkan beras yang sudah dibersihkan sehingga agak sebati.
Kemudian bolehlah dimasak dalam rice cooker dan masukkan air rebusan ayam dan garam.
Semua bahan untuk sambal disatukan dan dikisar sekali.
Boleh dihidangkan bersama daun salad, timun dan tomato.



Sunday, 20 October 2013

Nasi goreng belacan

Bahan:
3 cawan nasi sejuk ( yang sudah dimasak)
1 sudu kecil belacan
2 sudu besar ikan bilis
3 ulas bawang kecil
3 biji cili padi (kalau suka pedas tambah lagi)
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Cara:
Bahan2 ditumbuk kasar.
Tumis sehingga naik bau dan masukkan nasi.
Goreng sehingga sebati.

Sunday, 13 October 2013

Pancake

Olahan resipi dari Martha Stewart basic pancake. Dah try beberapa kali resipi ni dan pancake sangat gebu.

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar mentega - dicairkan
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar - selalu tiada bekalan susu jadi bancuh susu tepung dan air
2 sudu kecil serbuk penaik

Cara:
Pukul semua bahan di atas dan biarkan sebentar dan dimasak di atas kuali leper tanpa minyak dengan api sederhana.

Hidangkan bersama mentega dan jem atau bersama sirap maple.




Ayam masak merah bersantan

Bahan-bahan:
Setengah ekor ayam sederhana besar
Setengah biji bawang besar
1 inci halia
6 ulas bawang putih
2 biji tomato kecil
2 sudu besar serbuk cili
1 cawan santan pekat
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara:
Ayam dipotong kecil dan digoreng garing dan diangkat.
Panaskan dalam 3 sudu besar minyak masak dan tumis halia, bawang putih dan bawang besar yang telah ditumbuk.
Masukkan tomato yang didadu kecil dan tumis sehingga hampir kering.
Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan serbuk cili dan tumis sebentar dan kemudian masukkan santan dan air.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan biarkan masak hingga hampir kering ikut suka.
Angkat dan hidangkan.